Monday, April 13, 2009

Gemini


Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.

GEMINI SEPINTAS LALU

Lambang:Saudara Kembar
Kunci Kata:Komunikasi
Kekuatan:Wira Reka Bentuk dan Penerimaan
Perlu Perbaiki:Hati Nurani
Cepat Mesra Dengan:Libra
Perlu Belajar Daripada:Sagittarius
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada:Virgo
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Pisces
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh:Taurus; Aquarius
Warna Kesukaan:Biru; Kuning; Oren-Kuning
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni:Biru Langit
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri:Perang; Perak
Batu Permata:Akik; Akuamarin
Logam,Perak,Cergas
Bau-bauan:Gandaria (Lavender); Teratai Lembah
Hari Terbaik:Rabu

GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.

Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.

Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .

Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN

Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau 'tawar – menawar' dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.

No comments: